NADI Webinar Kesejahteraan Kendiri-Imunisasi & Herd Immunity:Kenapa Keputusan Ibu Bapa Beri Kesan Kepada Semua

25 April 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 24 April 2026, bermula pukul 10.30 pagi, 1 orang ahli NADI Pekan Machan telah mengikuti kelas NADI Kesejahteraan Kendiri iaitu Imunisasi dan Herd Immunity.
Peserta mengetahui konsep Herd Immunity (imuniti kelompok) bermaksud apabila majoriti masyarakat divaksin, penyebaran penyakit dapat dikawal dan golongan berisiko seperti bayi, warga emas, dan individu berpenyakit kronik turut dilindungi. Keputusan ibu bapa untuk memberi atau menolak vaksin bukan sahaja memberi kesan kepada anak mereka, tetapi juga kepada keseluruhan komuniti. Jika ramai tidak divaksin, risiko wabak meningkat dan boleh menjejaskan keselamatan orang lain.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali